WAJAH dua anak kecil yang comel dan bersuara manja, Upin dan Ipin dengan gelagat mencuit hati menjadi popular bukan saja di kalangan kanak-kanak, malah ibu bapa yang menonton di televisyen di Malaysia dan Indonesia.
Apa tidaknya, berlatar belakangkan suasana kampung yang kukuh dengan semangat kemasyarakatan, adik-beradik kembar itu meneroka alam kanak-kanak yang penuh keseronokan, sekali gus membangkitkan nostalgia bagi mereka yang pernah tinggal di kampung.
Di sebalik pembikinan siri animasi dan filem digital tiga dimensi (3D) dengan karektor Upin dan Ipin, Pengarah Urusan Les' Copaque (Les' Copaque) Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi, mengerah idea bersama puluhan anak muda yang baru menamatkan pengajian di universiti.
Tanpa latar belakang dalam bidang filem dan animasi, Burhanuddin berani mengambil risiko melabur untuk menghasilkan siri dan filem animasi 3D pertama Malaysia.
Bagaimana semua ini bermula? Menceritakan kisah di sebalik pembabitannya dalam bidang ini, beliau yang mendapat pendidikan dalam bidang kejuruteraan petroleum dan gas asli dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mula menimba pengalaman kerja sebagai jurutera di syarikat cari gali minyak nasional, Petronas selama 10 tahun.
Dalam tempoh itu, setahun beliau bekerja di Kuala Lumpur manakala sembilan tahun lagi menguruskan pelantar minyak di Miri, Sarawak.
Rabu, 24 Maret 2010
Langganan:
Posting Komentar (Atom)

Tidak ada komentar:
Posting Komentar